W e l c o m e  T o  H y d r o S y i f a . c o m

Formulasi Islamik Bio-Energiologi

Hydro Syifa'

10 Fakta Menarik Tentang Hydro Syifa'


Hydro Syifa bukanlah UBAT yang menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu keseimbangan tubuh dengan merangsang interaksi sistem melalui Aliran Tenaga Ayat² Suci Al-Quranul Karim, Doa serta Zikir dalam Rahsia ketetapan Pencipta Yang Mutlak. Tabarokallah!

Kelahiran Hydro Syifa' adalah bagi memeriahkan lagi Seni Perubatan Islam di Malaysia dengan penerapan 3 dari 7 kaedah rawatan menggunakan Al-Quran iaitu Meminum Air Al-Quran, Mandian Air Al-Quran dan Sapuan Air Al-Quran. Sila ikuti 10 fakta menarik tentang Hydro Syifa;


1. Air ditapis dengan menggunakan Penapis Air E-Sistem Infrasonik. Hasil ciptaan oleh Dr. Norhissam Mustafa dari Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia, Johor Bahru, Johor.

2. Dibuat secara manual (hand-made) iaitu dengan menggunakan tangan manusia sepenuhnya (tanpa mesin proses seperti di kilang atau sebagainya)

3. Air Hydro Syifa' di adun bersama Air Zamzam dan Garam Sole Infrasonik (Garam Bukit Gred A yang sangat berkualiti tinggi)

4. Dibotolkan dalam botol biru (Ultra-Violight) yang ditempah khas bagi mengekalkan kestabilan frekuensi Air Hydro Syifa' .

5. Ditilawahkan lengkap 30 Juzuk Al-Quran oleh Para Imam Hafiz disekitar Johor Bahru.

6. Diproses dalam keadaan berwudhuk serta diterapi satu botol demi satu botol.

7. Dipelihara dari sebarang unsur yang berfrekuensi tinggi, bunyi muzik, bunyi bising dan dari pancaran matahari.

8. Diberi minum kepada seseorang sebagai ikhtiar bagi mengusir Gangguan/Jin yang bersarang dalam tubuh seseorang itu.

9. Diberi minum kepada anak-anak yang masih menuntut sebagai ikhtiar bagi kecerdasan akal, kelembutan hati dan penerang hati

10. Diberi minum kepada ibu-ibu yang sedang hamil sebagai ikhtiar bagi kesihatan bayi dalam kandungan dan juga boleh dibuat sebagai Air Selusuh ketika hendak bersalin (dgn syarat tidak menutup dgn ketat penutupnya setelah dibuka bagi tujuan Air Selusuh)

Insya-Allah dengan izin Allah, Hydro Syifa' berfungi seiring / mengikut niat si peminum itu tadi. Semoga Allah memberi manfaat kepada setiap peminum Air Hydro Syifa ini.. Amin..!!